Ibu memainkan peranan yang penting
dalam kehidupan setiap keluarga. Kebanyakan anak berasa sungguh bahagia kerna
mempunyai ibu yang prihatin dan penyayang. Oleh itu, tidak dinafikan bahwa
kasih sayang ibu terhadap anak amat penting sekali.
Sebenarnya, nilai kasih sayang
seseorang ibu tidak dapat diukur dengan uang. Ibu yang peka dan penyayang akan
senantiasa mengambil berat dan menjaga kebajikan anak dengan sempurna,
mendorong anak agar berjaya dengan cemerlang dalam pelajaran di samping
mengutamakan aspek kesihatan dan minat anak-anak. Seorang ibu sanggup berkorban
untuk kepentingan masa depan anak supaya menjadi insan yang berguna apabila
dewasa kelak.
Sebaliknya, jika seseorang ibu tidak
bersifat penyayang dan kurang bertanggungjawab maka masa depan anak-anak akan
menjadi gelap-gelita. Anak yang kekurangan perhatian dan kasih sayang
seringkali didapati emosi mereka mudah terganggu sekali gus mendorong mereka
mencari jalan keluar dan mudah bergaul dengan rakan sebaya yang bebas dan liar.
Akibatnya, masa depan anak-anak akan tergugat sekiranya mereka terjerumus ke
lembah dadah, jenayah dan maksiat.
Malangnya, pada zaman sekarang,
terdapat segelintir anak yang sudah dewasa dan berjaya mudah bersikap “bagai
kacang lupakan kulit”. Mereka sanggup membiarkan kehidupan ibu yang pernah
membesarkan mereka di desa pedalaman dalam keadaan yang tidak terurus, hidup
melarat dan kesepian tanpa anak cucu di sisinya. Oleh itu, pada minggu kedua
bulan Mei setiap tahun, tarikh itu dipilih semata-mata untuk anak-anak meraikan
ibu yang tercinta bersempena dengan Hari Ibu di seluruh negara. Pada hari
tersebut, jasa bakti dan usaha ibu selama ini diperkatakan, dikenang dan
dihargai.
Kesimpulannya,
kasih sayang ibu akan senantiasa kekal dan berada di sisi anak-anak selagi
hayat dikandung badan. Sesungguhnya, syurga anak di hujung telapak kaki ibu. (Akbar Gunawan, Mahasiswa Fakultas Syariah dan Hukum UIN Sumut)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar