Selasa, 02 Januari 2018

“IBUKU PENYAYANG”

Setiap orang mempunyai orang yang paling disayangi. Begitu juga dengan saya. Orang yang paling saya sayangi ialah ibu saya karena beliau sangat mencintai saya di kala semenjak saya kecil hingga dewasa saat ini kasih sayang begitu tercurahkan seperti dulu saya baru lahir.
Nama ibu saya ialah Karni. Beliau berkulit cerah dan rambutnya panjang. Ibu saya merupakan insan paling istimewa dalam hidup saya. Pekerjaan ibu saya ialah seorang ibu rumah tangga yang sehari-hari-Nya mengurusi rumah tangga. Ibu saya bijak membahagikan masa antara keluarga.
Ibu saya memiliki ciri-ciri keibuan serta lemah-lembut. Beliau begitu bertanggungjawab dan mementingkan disiplin. Beliau amat mengambil berat tentang pelajaran saya. Beliau sentiasa memastikan saya menyiapkan kerja sekolah setiap hari dikala waktu dulu yang bersekolah. Apabila saya menghadapi kesusahan, Beliau akan memberi tunjuk ajar dengan sabar dan teliti.
Ibu saya seorang yang sabar. Beliau sentiasa sabar melayani kerena saya. Selain itu, beliau juga sentiasa bersedia untuk mendengar masalah saya. Hubungan antara saya dan ibu sangat rapat. Hal ini kerana ibu saya sangat memperhatikan dan menyanyangi saya.
Ibuku juga seorang yang penyayang. Beliau menjaga saya dengan baik bagai menatang minyak yang penuh. Jika saya membuat kesilapan, beliau akan menegur saya dengan lembut. Beliau tidak pernah melepaskan kemarahan terhadap saya.
Jasa ibu kepada saya bagai lautan yang sangat luas dan dia merupakan ibu yang sangat mengerti akan keadaan dan jika saya melakukan kesalahan-kesalahan yang memang mungkin membuat nya marah tapi kemarahan tersebut merupakan kemarahan yang menurut saya adalah mendidik.
Saya amat menghargai jasa ibu terhadap saya. Saya bersyukur dapat menjadi anak beliau. Saya berharap ibu saya akan sentiasa sehat sejahtera dah dipanjangkan umur. Saya berjanji akan berada di sisi ibu hingga akhir hayat hidup saya.(Apri Andrianto, mahasiswa Fakultas Syariah dan Hukum UIN Sumut)



Tidak ada komentar:

Posting Komentar