Rabu, 27 Desember 2017

SAYANG IBU...

IBU merupakan orang yang melahirkan kita serta memelihara kita sejak kecil. Tanpa ibu, kita tidak mungkin lahir ke dunia ini. Oleh itu, kita mestilah menghormati dan mendengar kata-kata ibu.
Janganlah kita menyakiti hati ibu, kerana syurga itu dibawah telapak kaki ibu.
Nama ibu saya Normawati Bt Jusoh. Beliau berusia 46 tahun. Ibu saya seorang jururawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan Pahang. Ibu saya seorang yang rajin dalam melakukan tugas-tugasnya di rumah sakit dan juga di rumah.
Ibu sentiasa sibuk dalam melakukan tugasnya dirumah sakit namun ibu tidak pernah mengabaikan keperluan kami sekeluarga seperti mengemas rumah, mencuci pakaian, memasak dan sebagainya.          
Ibu saya juga seorang yang penyanyang. Beliau sentiasa mengambil berat tentang keluarga, terutama pelajaran saya dan adik saya. Ibu jarang marah–marah, malahan sentiasa bersabar dan tenang dalam mengahadapi masalah.
Sekiranya saya melakukan kesalahan, ibu akan menegur dan menasihati saya dengan baik. Beliau selalu menasihati saya agar belajar dengan bersungguh-sungguh supaya menjadi insan yang berguna.          
Saya amat menyayanginya. Saya berasa amat beruntung mendapat seorang ibu yang baik. Saya akan membalas jasa ibu pada suatu hari nanti. Sayang ibu. (tulisan Nurhidayah Binti Suhaizan, mahasiswa Fakultas Syariah dan Hukum UIN Sumut)


                                                                                                                                                              

Tidak ada komentar:

Posting Komentar