Jumat, 29 Desember 2017

WANITA PENUH KELEMBUTAN


IBU saya bernama Sarena Bt Ahmad. Usia beliau sekarang mencecah 43 tahun. Belaiu dilahirkan pada 10 Ogos 1974 di Dengkil Selangor.
Ibu saya mendapat pendidikan awal SJKC Bangi Lama dari tahun satu hingga tahun enam. Seterusnya, beliau meneruskan pendidikan di sekolah menengah kebangsaan Jenderam selama lima tahun.
Kemudiannya, beliau meneruskan persekolahan di tingkatan 6 di sekolah menengah kebangsaan Klang selama dua tahun. Keputusan STPM yang cemerlang telah melayakan beliau meneruskan pengajian di maktab perguruan Sultan Ibrahim, Johor Baharu.
Beliau mula bertugas sebagai guru Matematik di SJKC Jalan Hang Tuah, Kuala Lumpur pada tahun 1993. Di sekolah inilah beliau bertemu jodoh dengan ayah saya .
Ibu saya seorang yang begitu prihatin terhadap keperluan anak-anaknya. Meskipun raut wajahnya nampak serius namun beliau seorang ibu yang lemah lembut .

Saya berasa sangat bertuah memiliki seorang ibu yang penyayang dan berpendidikan. Segala didikan dan tunjuk ajar beliau akan saya jadikan pendoman  Jasa dan pengorbanan ibu akan saya kenang hingga akhir hayat. Saya sayang ibu saya. (tulisan  Abdul Rabbani Bin Abdul Razak, Mahasiswa Fakultas Syariah dan Hukum UIN Sumut)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar