Pada tanggal 30 April 2014 merupakan hari pernikahan teman sekuliahku. Pada hari itu ia telah diijab qabukan (dinikahkan), sekaligus mengakhiri zaman bujangannya. Dia merupakan anak sulung dari 4 orang adik beradik dari pasangan Noriah dan Abdillah dan diberi nama Faten Nuzirah binti Abdillah.
Hari yang bermakna itu telah dihadiri oleh teman-temannya yang jauh mahu pun dekat. Majelis ijab qabul diadakan di Masjid Bukit Tunggal. Penganti lelaki juga merupakan anak sulung dari 3 orang adik beradik. Pengantin lelaki bernama Abdullah.
Awal mula perkenalan mereka terjadi semenjak dari sekolah menengah. Abdullah merupakan abang teman akrabnya Faten. Selepas 4 tahun menjalin cintan cintun, mereka mengambil keputusan untuk mengikat tali pertunangan.
Semasa dalam pertunangan, hubungan mereka agak goyah dengan bermacam-macam ujian yang melanda. Dengan sebab itu, mereka mengambil keputusan untuk mempercepatkan pernikahan agar terhidar daripada ujian pertunangan.
Pada malam 30 April 2014, aku sama teman-temanku membantu Faten dan keluarganya menguruskan persiapan untuk hari pernikahan esoknya. Pada malam itu aku sama teman-temanku tidak merasa terbeban dengan kerja yang banyak, malah gembira. Malam ini merupakan malam terakhir aku sama teman-temanku meluangkan masa bersama Faten. Selepas itu Faten akan meluangkan masa bersama pasangan hidupnya.
Pada 1 Mei 2014 diadakam majelis walimatul ursy dan majelis persandingan antara Faten dengan pasangannya. Mereka bagaikan pinang dibelah dua. Faten dan Abdullah memakai pakaian yang sedondong dan cantik. Pada hari itu, ramai sanak saudara, jiran tetangga dan kaum kerabat yang datang untuk meramaikan majelis tersebut. Kami juga telah berpakat memakai pakaian yang sedondong.
Pada saat penganti lelaki datang, kami mengiringi Faten untuk bertemu pasangannya. Disitu juga pihak penganti lelaki dan perempuan menukar dulang hantaran yang dibawa. Faten dan pasangannya berjalan beriringan menuju pelaminan yang telah siap dihia dengan bunga dan lampu yang begitu cantik sekali.
Tetamu yang hadir ketika itu turur menyaksikan sesi fotografi. Aku dan teman-temanku turut serta dalams esi fotografi tersebut sebagai kenangan di hari bahagia Faten dan pasangannya.(tulisan Nurul Ayuni Syazwani binti Alias, mahasiswa semester I Jurusan Akhwal Al Syakhsiyah Fak. Syariah dan Hukum UIN Sumut/editing Mursal Harahap, S.Ag, M.Kom.I)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar